berbaloi membacanya
moga yg baik kita jadikan teladan...
renung2kan.. selamat beramal...pinjam
kata2 pakar motivasi..hehhe
Mengapa Yahudi Bijak
Setelah berada 3 tahun di Israel
kerana menjalani housemanship
dibeberapa hospital disana, ada
beberapa perkara yang menarik dapat
saya perhatikan untuk dijadikan tesis
ini, iaitu "Mengapa Yahudi
Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan
ramai cendikiawan berbangsa
Yahudi, dari segala bidang,
Engineering, musik, saintis dan yang
paling hebat ialah bidang perniagaan,
dimana ia memang paling
tersohor. Hampir 70% perniagaan di
dunia dikuasai oleh kaum Yahudi,
dari kosmetik, pakaian, pemakanan,
senjata, perhotelan, perfileman
diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan
December 1980 dan sedang saya
menghitung hari untuk pulang ke
California saya terfikir apakah
sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?
Kenapa tuhan memberi kelebihan
kepada mereka? Apakah ini suatu
kebetulan? Atau olah manusia
sendiri? Adakah bijak boleh dijana?
Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis
untuk Phd saya, disamping
kebaikan untuk umat sejagat dan dapat
hidup secara harmoni. Untuk
pengetahuan anda tesis yang saya
lakukan ini mengambil masa hampir
lapan tahun, ini kerana untuk
mengumpulkan data-data yang setepat
mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan
ialah pemakanan, adat resam,
ugama, persiapan awal untuk melahirkan
zuriat dan sebagainya dan
data data tadi saya cuba bandingkan
dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan
awal melahirkan zuriat. Di
Israel, setelah mengetahui yang sang
ibu sedang mengandung, pertama
kali saya perhatikan ialah, sang ibu
akan sering menyanyi dan
bermain piano dan si ibu dan bapa akan
membeli buku metamatik dan
menyelesaikan masalah metamatik
bersama suami, saya sungguh hairan
kerana teman saya yang mengandung
sering membawa buku metamatik dan
bertanya kepada saya beberapa soalan
yang beliau tak dapat
menyelesaikanya, oleh kerana saya
memang minat tentang metamatik,
tentu saja dengan senang saya bantu
beliau. Saya bertanya kepada
beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab, "ia, ini untuk
anak saya yang masih didalam
kandungan, saya sedang melatih otak
beliau, semuga ia menjadi genius
apabila dewasa kelak" Perkara ini
membuat saya tertarik untuk mengikut
perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa
merasa jenoh beliau membuat
latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan
ialah pemakanan beliau, sejak
awal mengandung beliau gemar sekali
memakan kacang badam dan korma
bersama susu , dan untuk tengah hari
makan utama beliau ialah roti
dan ikan tanpa kepala bersama salad
yang digaul dengan badam dan
berbagai jenis kekacang, menurut
beliau daging ikan sungguh baik
untuk perkembangan otak dan kepala
ikan mengandungi kimia yang tidak
baik yang dapat merosakkan
pengembangan dan penumbuhan otak anak
didalam kandungan. menurut beliau ini
adalah adat orang orang yahudi
ketika mengandung dan ianya menjadi
semacam kewajipan untuk ibu ibu
yang sedang mengandung mengambil pil
minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam
bersama orang orang Yahudi,
perkara pertama yang saya perhatikan
ialah menu mereka. Setiap
undangan yg sama perhatikan ialah
mereka gemar sekali memakan ikan
(hanya isi atau fillet) dan biasanya
daging tidak akan ada bersama
dimeja jika ada ikan, menurut mereka,
campuran daging dan ikan tak
elok dimakan bersama. Salad dan kacang
adalah suatu kemestian,
terutama badam..
Seperkara yang pelik ialah mereka akan
memakan buah buahan dahulu
sebelum memakan hidangan utama. Jangan
terperanjat jika anda
diundang kerumah Yahudi anda akan
dihidangkan buah buahan dahulu.
Menurut mereka, dengan memakan
hidangan kabohidrat (nasi atau roti)
dahulu kemudian buah buahan, ini akan
menyebabkan kita merasa
ngantuk dan lemah dan payah untuk
memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo,
apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi, jangan sekali kali merokok,
dan tanpa malu mereka akan
menyuruh anda keluar dari rumah mereka
dam merokok diluar rumah
mereka. Menurut saintis di Universiti
Israel, siasatan menunjukkan
nikotin dapat merosakkan sel utama
pada otak manusia dan akan
melekat pada genes, ini bermakna
keturunan perokok bakal membawa
generasi yg cacat otak ( bodoh atau
lembab). Suatu penemuan yg
dahsyat ditemui oleh saintis yg
mendalami bidang genes dan DNA. Para
perokok harap ambil perhatian. (Ironi
nya, pemilik pengeluar rokok
terbesar adalah …… tekalah sendiri...!)
Perhatian saya selanjutnya ialah
melawati tadika mereka, Pemakanan
anak anak tadi cukup dikawal, makanan
awal ialah buah buahan bersama
kacang badam, diikuti dengan menelan
pil minyak ikan (code oil
lever) Didalam pengamatan saya, kanak
Yahudi sungguh bijak dan rata
rata mereka memahami 3 bahasa iaitu
Hebrew, Arab dan Inggeris dan
sedari awal lagi mereka telah dilatih
bermain piano dan violin, ini
adalah suatu kewajipan. Menurut mereka
bermain musik dan memahami
nota notanya dapat meningkatkan lagi
IQ kanak kanak dan sudah tentu
bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran
musik dapat stimulate (semacam
senaman untuk otak) maka itu terdapat
ramai sekali genius musik
terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak
anak Yahudi akan diajar
metamatik berkonsepkan perniagaan dan
pelajaran sains amatlah diberi
keutamaan. Di dalam perhatian peribadi
saya, perbandingan dengan
anak anak di California, ianya jauh
berbeza tentang IQ dan boleh
saya katakan 6 tahun kebelakang!! !..
Segala pelajaran akan dengan
mudah di tangkap oleh anak Yahudi.
Selain dari pelajaran tadi sukan
juga menjadi kewajipan bagi mereka dan
sukan yg diberi keutamaan
ialah memanah, menembak dan berlari,
menurut teman saya ini, memanah
dan menembak dapat melatih otak mem
fokus sesuatu perkara disamping
mempermudahkan persiapan untuk
perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke
sekolah tinggi (menengah)
disini murid murid ditekan dengan
pelajaran mata sains dan mereka
digalakkan mencipta produk, segala
projek mereka walaupon kadangkala
kelihatannya lucu dan mengarut, tetap
diteliti dengan serius apatah
lagi ianya berupa senjata, perubatan
dan engineering, idea itu akan
dibawa ke institute tinggi di
Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah
fakulti perniagaan. Saya
sungguh terperanjat melihat mereka
begitu agresif dan seriusnya
mereka tentang perniagaan. Diakhir
tahun diuniversiti, para penuntut
dibidang niaga dikehendaki melakukan
projek dan memperaktik kanya
dan anda hanya akan lulus jika
kumpulan anda(10 pelajar setiap
kumpulan) dapat keuntungan sebanyak
$US1juta! Anda terperanjat?
Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia dan ditaja
sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi,
maka tidak hairanlah mereka
dapat menguasai ½ perniagaan didunia!
Siapakah yg mencipta design
Levis yg terkini? Ianya dicipta di
Universiti Israel oleh fakulti
bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang
Yahudi melakukan ibadah mereka?
Salah satu caranya ialah dengan
menggoyangkan kepala mereka, menurut
mereka ini dapat mengaktifkan otak
mereka dan menambahkan oksijan
dikepala, banyak ugama lain di Timur
Tengah, seperti Islam juga ada
menyuruh umatnya menunduk atau
menggoyangkan kepala, ini guna dapat
mensimulasikan otak kita supaya
bertambah aktif. Lihat orang orang
Jepun, mereka sering menunduk
nundukkan kepala dan ianya sebagai
adat. Ramai orang orang Jepun yg
pandai? Adakah ianya sebagai
kebetulan? Kegemaran mereka ialah
sushi (ikan mentah). Adakah ini
kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan
Yahudi bersedia membantu
mereka yg berminat untuk melakukan
bisnes (sudah tentu untuk Yahudi
sahaja) jika mereka ada idea yg
bernas, jawatan kuasa akan memberi
pinjaman tanpa faedah dan pentadbir
dari jawatan kuasa tadi akan
bekerjasama dengan anda untuk
memastikan yg perniagaan mereka
menurut landasan yg betul. Maka itu
lahirlah Starbuck, Dell comptr,
Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di
Hollywood, Levis, Dunkin Donut
dan ada beratus kedai ternama dibawah
naungan dewan perniagaan
Yahudi di New York. Graduan Yahudi
dari fakulti perubatan New York
akan disarankan untuk mendaftar
dipersatuan ini dan digalakkan
memulakan klinik mereka sendiri dengan
bantuan wang tanpa faedah,
barulah saya tahu mengapa hospital di
New York dan California
sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya,
melahirkan anak dan keturunan yg
bijak boleh dilaksanakan dan tentunya
bukan semalaman, ianya
memerlukan masa, beberapa jenerasi
mungkin? Persiapan awal adalah
ketika sang ibu mengandung,
galakkanlah siibu melakukan latihan
metamatik yg mudah tetapi konsisten
disamping mendengar musik
klasik. Seterusnya ubahlah cara
pemakanan, makanlah makanan yg elok
dan berhasiat yg baik untuk otak,
menghayati musik sejak kecil
adalah baik sekali untuk penumbuhan
otak kanak kanak, dengan bermain
piano dan violin sudah tentu dapat
melatih anak anak mencerdaskan
otak mereka demikian juga sukan yg
memerlukan konsetrasi yg tinggi,
seperti memanah, bola keranjang, dart
dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron
(goblok) dan sudah tentu genes
bodoh akan mengikut ke jenerasi
siperokok. Lawatan saya ke Singapore
pada tahun 2005 amat memeranjatkan
sekali, disini perokok seperti
dianak tirikan dan begitu susah sekali
untuk perokok dan anda tahu
berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!!
ini bersamaan perbelanjaan
sehari untuk makan anda!! Saya puji
sekali sikap pemerintah
Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan
seperti Israel ianya begitu
taboo dan cara pentadbiran dan segi
pembelajaran mereka hampir
serupa dengan Israel, maka itu saya
lihat banyak institusi pelajaran
mereka bertaraf dunia walaupon hakikat
nya negeri Singapore hanyalah
sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok
dapat melahirkan jenerasi
goblok, saya telah menemui beberapa
bukti menyokong teori ini. Lihat
saja Indonesia, jika anda ke Jakarta,
dimana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga
kemusium hidung anda akan
segera terbau asak rokok! Dan harga
rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan
hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah
jutaan orang berapa banyak
kah universiti terdapat disana? Hasil
apakah yg dapat dibanggakan?
Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka
dapat berbahasa selain dari
bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka
begitu sukar sekali menguasai
bahasa Inggeris? Ditangga berapakah
kedudukan mereka di pertandingan
metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah
sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan
menimbulkan soal ugama atau
bangsa, adakah Yahudi itu zalim
sehingga diusir dari semenjak zaman
Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu
isu politik dan survival, yg
ingin saya ketengahkan ialah, mampu
kah kita dapat melahirkan
jenerasi yg bijak seperti Yahudi?
Jawabanya ialah mungkin dan tidak
mustahil dan ianya memerlukan
perubahan, dari segi pemakanan dan
cara mendididik anak dan saya kira
hanya memerlukan 3 jenerasi
sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri
tentang cucu saya, ini setelah
saya mengajar anak saya melalui
program yg telah saya nyatakan
diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu
saya) dia dapat menulis esay
sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya
hanyalah mengenai Mengapa saya
gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita
dapat melahirkan manusia yg bijak
dan bersifat mulia untuk kebaikan
manusia sejagat tanpa mengenal
batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
Sunday, March 27, 2011
KENAPA ORANG YAHUDI BIJAK??
Subscribe to:
Posts (Atom)