Tuesday, June 14, 2011

SIMPATI

dimanakah letaknya simpati
ketika manusia memerlukan rezeki
mencari sesuap nasi
janganlah kau sesekali
bersikap sombong diri
kasihanilah insan ini
yang tiada tempat berlari
hidup dalam kesusahan sendiri
mencari kesedaran hakiki
tidakkah kau sedari
berpijaknya kita di bumi ini
membantu sesama sendiri
hidup berpopulasi
maka perlu berinteraksi
bukanlah mengonolisasi
janganlah kau jajahi
tapi perlu kau hormati
insan miskin yang sunyi
jika ia terjadi
kelak kita dibalas nanti
maka syurgalah ynag akan bersemadi
kerana ketika di dunia ini
kita hidup bertoleransi

DENDAM

janganlah menyimpan dendam
kerana kelak ia akan membawa kesusahan
membelenggu jiwa manusia
merosakkan hati dan sanubari
dendam itu tiada gunanya
hanya api yang membara
kelak akan membakar diri
membuatkan manusia bangga diri
bersabarlah
dan terimalah seadanya
kesilapan dari pihak lawan
janganlah menjadikannya
pentas untuk menjatuhkan kawan
menambah kedukaan
memutuskan silaturahim

NASIB

betapa malunya diriku
dengan nasib sebegini
seolah-olah tiada tempat mengadu
bagaiman aku dapat menerangkan
kekeliruan dihatiku
kekesalan melanda
mengapa begini nasibku
apakah salahku
bagaimana cara mengubahnya
adakah dengan keyakinan
aku tidak tahu mengapa
sukar untuk menerimanya
kejadian yang tidak diduga
memberi sejuta ketakutan
seribu kehibaan
dalam diri yang sepi
semua adalah suratan
mengeluh bukanlah penamat
ku sedari semua itu
namun sukar menerima semua ini
seolah-olah tiada jalan penyelesaian
aku mengharapkan
suatu hari nanti
sinar harapan akan kembali
menerangi jiwa yang sunyi
memberi kemanisan
dalam kehidupan
kepada diriku ini
jika itu semua
sama sekali tidak berlaku
aku mengharapkan kepada tuhan
agarku tabah mengharunginya
serta terus bersyukur kepadanya

KUCINGKU

kemanakah perginya dirimu
di saat aku membutuhkanmu
kau meriangkan hatiku
menjadi teman buatku
kecomelanmu menawan hati
kau makhluk yang indah
diciptai Allah
ketika kelaparan
kau memanggilku
kau mencariku
kadangkala menggigit ku juga
namun aku bersabar dengan sikapmu
kerana kau juga makhluk
ingin disayangi manusia
kini kau hilang tanpa berita
sudah sekian lama ku mencari
kemana arah tujumu
adakah telah pergi kepadanya
maafkanku kerana melupakan
namun apakan daya
kerjaya ku merubah segala-galanya
aku mengharapkan kau bahagia
walau di mana jua berada
ingatlah daku senantiasa
tuanmu ynag merindukanmu
semoga kita ketemu
di suatu masa nanti

AMERIKA

kini
semua insan menyangka
kaulah penyelamat dunia
kau pusat segalanya
kaulah syurga manusia
begitu mudah mempengaruhi
hanya melalui filem
ku terpesona denganmu
tapi hakikatnya
semua adalah palsu
kaulah dalang semua
hingga membuatkan saudaraku
menjadi hina di dunia
aku akan memerangimu
menggunakan akal dan hatiku
lihatlah saja jenama ini
levis, calvin klein dan vincci
siapa sahaja dapat menghentikan
kuasa yang kau letakkan
sehingga saudaraku hanyut
dengan semua tipu daya ini
dunia sudah terbalik
jahat dikatakan baik
baik dikatakan jahat
kerana itu fitnah semata-mata
yang dirancang dajjal dan tenteranya
membuatkan semua terpesona
dengan penipuan Amerika

IDEA

ketika ini
sukar untukku
mencari inspirasi untuk karyaku
kerana sebenarnya
masih banyak yang perlu dikupaskan
mungkin
fikiranku sedang bercelaru
memikirkan kekusutan yang sedang berlaku
di dalam jiwa ini
tiada ketenangan di dalam hati
putih menjadi hitam
suci menjadi debu
segar menjadi kotor
terang menjadi gelap
aku sedang mencari
apa yang harus ku cari
membuatkanku tidak tenteram
bersabarlah wahai diriku
kuatkanlah semangat

BANGUN PAGI

tatkala bangun dari tidur
mata terasa berat sekali
sepertinya ada sesuatu mengganggu
jiwa terasa kosong
memikirkan perjalanan hari ini
tanggungjawab menyuntik semangat
untuk terus maju ke hadapan
jadi
apalagi yang harus ditunggu
bangunlah dengan segera
membersihkan diri
untuk bersedia menemuinya
ketika itu
hati seperti keliru
fikiran bercelaru
emosi terganggu
namun bersabarlah
kerana itu lebih penting
daripada godaan syaitan yang licik
menggunakan seluruh kemampuan
bagi menyesatkan dirimu
di pagi itu
kuteruskan kehidupan
mencari ilmu
mencari rezeki
mencari pengalaman
agar dapat digunakan kelak
di masa hadapan