suatu ketika dahulu
ramai orang menontonnya
juga berbincang mengenainya
mencari kebenaran
adakah ia akan berlaku
tetapi manusia tetap sama
tidak berubah
termasuk diriku
tenggelam di dalam arus deras
yang dinamakan bumi
apabila ia berlaku
sudah terlambat untuk berfikir
yang ada hanyalah nyawa yang hilang
maka itu
bersedialah kita
untuk menempuh hari yang tiada jangkaan
hanya satu cara
beramal sepenuhnya
kerana kehidupan bukan hanya di dunia
tidak perlu berkata
kerana semua memahaminya
ini hanyalah teguran
daripada insan yang lemah
juga belum tentu ke syurga
tetapi tidak juga mahu ke neraka
No comments:
Post a Comment