aku sukar memahami
bunuh di balas bunuh
mencuri di potong tangan
ke mana perginya
pemimpin juga beragama
namun ku hairan
agamanya sama dengan ku
dan aku sedari
hukum-hukum di dalam agama
jika tidak dilakukan
kelak di tanya Allah
diseksa
dengan penderitaan yang jauh lebih keras
daripada hukuman Allah di dunia
adakah mereka sentiasa mengharapkannya
adakah hukum Allah itu kolot
adakah hukum Allah itu kejam
akal mereka amat pintar untuk menghukum
sedangkan ia hanya sebutir buih di lautan
membuatkan kejahatan bermaharajalela
sedarlah wahai pemimpinku
janganlah hanya digelar kota islam
tapi di dalamnya
penuh maksiat dan kedurjanaan
manfaatkanlah islam sepenuhnya
kerana segala perkara akan terjadi
hanya dengan kekuasaannya
No comments:
Post a Comment