adakah dirimu istimewa bagiku
adakah dirimu umpama permata bagiku
bagaimana aku mahu menemui jawapan
sedangkan soalan masih tidak dapat dirungkaikan
sejarahmu mengagumkan diriku
ketabahanmu sumber inspirasiku
kekuatanmu umpama tembok bagi diriku
kau tidak menyedari
suatu ketika dirimu amat penting
lebih dari diriku
kau membuatkanku kecewa
namun masih mencariku
mengapakah diriku ini
bersabar dengan semua ini
mungkin ini jalan terbaik
ada hikmahnya
mengelakkan penyesalan
berlaku di masa mendatang
maafkanlah diriku
kerana perbuatanku
sedang aku juga keliru
kemana hala tujuku
bagaimana caranya
aku bisa berubah
menjadi insan yang cemerlang
malah setia
berilah aku kekuatan
menentang segala cabaran
agar suatu hari kau mengerti
apakah makna semua ini
No comments:
Post a Comment