kadangkala
diri terasa bosan
seminit umpama sejam
sejam umpama sehari
masa ibarat kura-kura
menunggu bilakah saatnya
untuk berakhir semuanya
namun begitu
segalanya pasti akan dapat diatasi
dengan suatu nilai
yang tidak dapat dilihat
tapi dapat dinikmati
pastilah semua tertanya-tanya
apakah maksud hamba ini
kerana nilai itu
adalah kesabaran
yang mampu menangkis
apa jua cabaran yang tiba
menggamit kekaguman
seluruh manusia
melalui
kesabaran itu
No comments:
Post a Comment