Tuesday, June 14, 2011

DENDAM

janganlah menyimpan dendam
kerana kelak ia akan membawa kesusahan
membelenggu jiwa manusia
merosakkan hati dan sanubari
dendam itu tiada gunanya
hanya api yang membara
kelak akan membakar diri
membuatkan manusia bangga diri
bersabarlah
dan terimalah seadanya
kesilapan dari pihak lawan
janganlah menjadikannya
pentas untuk menjatuhkan kawan
menambah kedukaan
memutuskan silaturahim

No comments:

Post a Comment