kau cukup terkenal
menjadi kegilaan ramai
menghilangkan kebosanan
menambah pengenalan
namamu cukup sinonim
di abad kemajuan ini
itulah kekuasaanmu
namun
kau pembawa bencana
menyebabkan manusia hilang arah
hingga lupa kepadanya
ketagihan menjadi derita
diri dijual cuma
hanya kerana
mahu memikat berlawanan jantina
ini pandangan diriku
bukanlah semua manusia
janganlah di salah tafsir pula
ingatlah semua
berhati-hatilah
daripada semua dosa sehari
yang kau lakukan dengan bangga
menempel gambar yang salah
hingga semua tergoda
bersegeralah semua
untuk menyanjung yang maha esa
No comments:
Post a Comment