Monday, June 13, 2011

UNTITLED

adakah sesiapa mengetahui
adakah sesiapa menyedari
dimanakah diri kita
100 tahun di belakang
100 tahun ke hadapan
bolehkah jawapan diberi
atau semua sudah memahami
maksud tersirat yang diberi
melainkan anak kecil
yang akal sekecil jari
hidup di dunia hanya sementara
akhirat juga kekal selamanya
ini adalah pepatah biasa
selalu digunakan manusia
segalanya hanya pinjaman
jadi
dapatlah kita memutuskan
masa yang percuma
janganlah di salah guna
bersedialah untuk kembali padanya
kerana suatu hari
datanglah malaikat pencabut nyawa
menjalankan tugas yang sama
memberi balasan kepada manusia
kerana di dunia ini
syaitan bermaharajalela
keadilan bermula dengan harta
maka sedarlah semua
juga diriku yang hina

No comments:

Post a Comment