Monday, June 13, 2011

UMAT ISLAM

Tidakkah kita sedar
Bahawa kita di pandang hina
Padahal suatu ketika dahulu
Kita bermaharajalela
Di bumi yang bertuah ini
Saudara kita di seksa
Di bunuh
Dengan kejam
Dengan rakus
Tanpa perikemanusiaan
Namun kita sebagai harapan
Masih leka
Dengan kemewahan dunia
Keuntungan berlipat kali ganda
Tanpa berfikir sejenak
Orang yang teraniaya
Bangkitlah umatku
Bangkitlah
Tunjukkanlah api kemarahan
Kepada mereka yang sombong dan bongkak
Menganggap merekalah yang terkuat
Teknologi yang pesat
Senjata yang canggih
Kerana kekuatan kita
Hanya terletak dalam beberapa perkara
Hati, iman dan kekuasaan Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment