Monday, June 13, 2011

MENGHARAPKAN BALASAN

Ya Rabb
jauhkanlah aku
dari sifat yang keji ini
suntiklah kejujuran dalam diriku
agar aku tidak lalai
melakukan dengan ikhlas
tanpa mengharapkan balasan
aku hanyalah seorang hamba
ingin mencipta sesuatu berbeza
agar dapat dijadikan persembahan
buat anak cucuku sebagai pedoman kelak
karya ini
membuatkan mudah
untukku mengorak kata
memberi idea
kerana pastinya
positif dan negatif
bagiku
karya yang hebat
pabila sukar difahami
kata-kata yang indah
ayat yang sinis dan manis

No comments:

Post a Comment