Monday, June 13, 2011

TEMAN SEJATI

ku merenung sejenak
sambil mengenangkan
kaulah teman sejati bagiku
menemani tika suka dan duka
berkongsi kegembiraan
menangisi kesedihan
menggamit sanubariku
tapi itu hanya sementara
hanya masa dulu kala
kini
namaku tiada dihatimu
jiwaku dilempar olehmu
membuatkanku tertanya-tanya
kemana dirimu yang dahulu
adakah semua salahku
memang ku akui
aku juga melakukan kesilapan
hamun aku telah menganggap dirimu
sebagai rakan seperjuanganku di dunia
ku fikir kau setia
namun itu hanyalah kaca
aku terkilan dengan sikapmu
yang memandang remeh diriku
juga perasaanku
aku ingin kau sedari
janganlah kau ulangi
kerana kita adlah insan
tidak bisa lari dari kesilapan
wahai rakanku

D.O.T.A

aku melihat
kelibatnya umpama perwira
namanya juga indah
kepintarannya mengagumkan
peluang digunakan sepenuhnya
namun
bagaimana caranya
untukku mengatasinya
merasai kenikmatan
bermain hiburan yang sama
hanya ada satu cara
apakah cara itu
mahu tahukah
usaha yang tiada putus asa
sentiasa maju kehadapan
agar suatu hari nanti
aku bisa setapak dengannya
berada di gelanggang yang sama
kerana itu adalah
suatu kebanggaan
yang tidak ternilai
bagi diriku yang hina ini

UNTITLED

terasa seperti di pinggir
tiada orang peduli
adakah salah diri ini
janganlah memandang hina
hanya kerana tiada pangkat dan harta
tidakkah kau ketahui
bahawa semuanya hanya sementara
semua manusia di dunia
adalah sama
tapi malangnya
mengapa kita mengubahnya
menganggap diri sebagai raja
merobah kenyataan
demi keuntungan
memang benarlah
manusia bersikap haloba
kuasa di salah guna
sepertinya tema sudah berlari
kerana niat di hati
ingin menasihati
hormatilah insan lain
serta janganlah
menganggap diri
berada di kasta
yang lebih tinggi

BOSAN KETIKA MEETING

kadangkala
diri terasa bosan
seminit umpama sejam
sejam umpama sehari
masa ibarat kura-kura
menunggu bilakah saatnya
untuk berakhir semuanya
namun begitu
segalanya pasti akan dapat diatasi
dengan suatu nilai
yang tidak dapat dilihat
tapi dapat dinikmati
pastilah semua tertanya-tanya
apakah maksud hamba ini
kerana nilai itu
adalah kesabaran
yang mampu menangkis
apa jua cabaran yang tiba
menggamit kekaguman
seluruh manusia
melalui
kesabaran itu

BULI

kau telah mencoret titik hitam di hatiku
membuatkan kemurungan menguasai diri
adakah aku lemah ketika itu
bagaimanakah sikap ku
aku sangat sedih
adakah aku gemar menyusahkan orang
adakah aku bersikap buruk
dimanakah keadilan
kenapa diriku sahaja yang terkena
akulah mangsa
kenangan ini membuatkanku trauma
membuatkan aku sentiasa dipencilkan
tidak kira di mana

ZAMAN KECIL

aku merindukan saat-saat
ketika tiada masalah membelenggu
tiada taggungjawab
bermain dengan girang
bersama kawanku
kenangan memang cukup indah
tak sanggup untuk melupakan
memberikan sejuta pengajaran
buat pedoman di masa depan
jika diberi satu peluang
aku ingin kembali ke masa lalu
untuk mengulangi
sejarah diriku kedua kali
namun
harapanku ternyata mustahil
yang ada hanyalah memori
sebagai pengubat kerinduan
alam dewasa bertukar penyeksaan
menambah keperitan hidup
mengganggu fikiran
jadi
zaman itulah yang terbaik
menunggang mainan turun ke bukit
berkejar-kejaran
permainan pelik
dikejar dengan parang
meredah hutan
itulah pengalaman yang tak kan dapat dilupakan
terima kasih zaman kecilku

DI MANAKAH KOTA ISLAM

aku sukar memahami
bunuh di balas bunuh
mencuri di potong tangan
ke mana perginya
pemimpin juga beragama
namun ku hairan
agamanya sama dengan ku
dan aku sedari
hukum-hukum di dalam agama
jika tidak dilakukan
kelak di tanya Allah
diseksa
dengan penderitaan yang jauh lebih keras
daripada hukuman Allah di dunia
adakah mereka sentiasa mengharapkannya
adakah hukum Allah itu kolot
adakah hukum Allah itu kejam
akal mereka amat pintar untuk menghukum
sedangkan ia hanya sebutir buih di lautan
membuatkan kejahatan bermaharajalela
sedarlah wahai pemimpinku
janganlah hanya digelar kota islam
tapi di dalamnya
penuh maksiat dan kedurjanaan
manfaatkanlah islam sepenuhnya
kerana segala perkara akan terjadi
hanya dengan kekuasaannya